Monday, October 4, 2010

Tips to get ‘A’ for Moral

Bidang 1: Bidang Perkembangan Diri
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.
KK :
Percaya wujudnya Tuhan
Mematuhi segala suruhan Tuhan
Berkelakuan baik mengikut ajaran agama

1.2 Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
KK :
Menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
Menjalankan tugas

Info:
boleh digunakan apabila
tajuk bertanya tentang rasuah
Agensi berkaitan dengan rasuah :
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (Malaysian Anti-Corruption Commision, MACC)


1.3 Harga diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan mejaga maruah diri dalam kehidupan.
KK :
Memuliakan diri
Menjaga maruah diri

1.4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
KK :
Memikul tugas sebagai ibu/ayah/abang/kakak/abang/guru/pengawai xx/(jawatan)
Melaksanakan kewajipan dengan sempurna

Info :
boleh digunakan semasa tajuk berkaitan
"menguruskan masa", "peranan kerajaan"

Langkah KERAJAAN
-Mengetatkan/ Menguatkuasakan undang-undang
-Mengadakan kempen


1.5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
KK :
Pertuturan yang sopan
Kelakuan yang sopan
Berbudi pekerti mulia

1.6 Toleransi
Kesanggupan bertolak-ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
KK :
-mengelakkan pertelingkahan & perselisihan faham
-bertolak ansur
-sabar
-mengawal diri


1.7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
KK :
Sanggup melakukan sesuatu
Tidak bergantung kepada orang lain

1.8 Kerajinan
Usaha yang berterusan dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.
KK :
Usaha yang berterusan
Semangat ketekunan
Kegigihan
Kecekalan
Dedikasi dan berdaya maju

1.9 Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas
KK :
Perasaan cinta yang mendalam
Lahir daripada hati yang ikhlas

Info :
boleh digunakan apabila isu berkaitan dengan
"bencana alam", "nyawa terkorban"

1.10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
KK :
Tindakan yang saksama
Keputusan yang tidak berat sebelah

1.11 Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata serta dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
KK :
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti
Bertindak dengan wajar

1.12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
KK :
Tidak keterlaluan dalam pertuturan/ pemikiran/ perlakuan
Tidak mengabaikan kepentingan diri/ orang lain


X.



Bidang 2 : Bidang Kekeluargaan (guna apabila tajuk berkaitan dengan keluarga)
2.1 Kasih sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga
KK :
Perasaan cinta yang mendalam terhadap keluarga
Perasaan sayang yang berkekalan keluarga

Info :
bertindak (
overlap) dengan nilai Kasih sayang

2.2 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
KK :
Memuliakan anggota keluarga
Memberi layanan yang sopan terhadap keluarga
Mewujudkan keluarga yang harmoni

2.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga
KK :
Menerima dan menghormati sesuatu kebiasaan
Mengamalkan sesuatu adat dan kepercayaan yang diwarisi daripada keluarga

2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga
KK :
Menjaga maruah keluarga
Melaksanakan kewajipan terhadap keluarga
Meningkatkan imej terhadap keluarga

Info :
2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga bertindak dengan nilai Tanggungjawab


 

X.



Bidang 3 : Bidang Alam Sekitar
3.1 Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
KK :
Memelihara alam sekitar
Memulihara alam sekitar
Mengekalkan keseimbangan ekosistem

Info:
Kepentingan hutan:
-kawasan tadahan hujan
-Mengimbangi suhu
-Kawasan habitat untuk flora dan fauna
-Sumber-sumber hutan seperti kayu cengal

Jabatan berkaitan dengan hutan
- Jabatan Perhutanan
-Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM)
-Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Langkah KERAJAAN
memelihara hutan
-mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai taman negara/ hutan simpan
-Mengehadkan/mengetatkan kelulusan /syarat bagi lesen-lesen pembalakan
-Hanya pokok-pokok yang berdiameter lebih 45cm, matang dan besar sahaja boleh ditebang
-Penanaman semula pokok yang telah ditebang

Langkah ANDA memelihara alam sekitar
-Melaporkan (kes itu) kepada pihak berkuasa
-Tidak melakukan (perkara yang merosakkan alam sekitar)

Undang-undang berkaitan hutan :
-Akta Perhutanan Negara 1984

3.2 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
KK :
Hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
Memastikan kualiti kehidupan manusia terpelihara

Info :
3R - Reduce, Reuse, Recycle
Reduce (mengurangkan) - mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-belah
Reuse (mengguna semula) -  mengguna semula alat-alat elektronik rosak yang telah dibaiki
Recycle (kitar semula) - mengitar semula surat-surat khabar lama

3.3 Kemapanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
KK :
Mengekalkan keseimbangan alam sekeliling
Tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar

Info :
Pengurusan tanah
Perindustrian - merancang pembinaan kawasan-kawasan industri jauh daripada tempat tinggal
Pertanian - menggunakan racun serangga yang mesra alam, penanaman bergilir-gilir
Perlombongan - kawasan bekas lombong dijadikan kawasan rekreasi (seperti Taman Tasik Titiwangsa), atau ternakan ikan
Pembinaan - pembinaan kawasan perumahan yang lengkap dengan sistem peparitan, sistem pembentungan dan taman rekreasi

3.4 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya
KK :
Prihatin terhadap persoalan alam sekeliling
Berusaha menyelesaikan masalah alam sekeliling

Info:
Badan kerajaan tentang alam sekitar : Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Badan bukan kerajaan tempatan : Sahabat Alam Malaysia
Badan bukan kerajaan antarabangsa : World Wildlife Fund (WWF), Green Peace


 

X.


Bidang 4 : Bidang Patriotisme
4.1 Cinta akan negara
Perasaan sayang dan bangga terhadap negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
KK :
Sayang dan bangga
Meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

Info:
Pencapaian negara
Sains & Teknologi - pelancaran MEASAT
Industri berat - kereta Proton Saga
Pertanian - barangan hasil daripada kelapa sawit - sabun, minyak masak
Pembangunan - KLCC, Menara KL, KLIA, Putrajaya

Amalan sikap bangga akan negara
-Membeli barangan buatan Malaysia
-Menceritakan kebaikan Malaysia kepada pelancong asing
-Sentiasa mengekalkan kebersihan negara

4.2 Taat setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara
KK :
Patuh dan setia
Berkekalkan kepada Raja dan Negara


Info :
Amalan taat setia kepada negara
-mematuhi peraturan dan undang-undang
-tidak membocorkan rahsia negara kepada orang luar
-tidak terlibat dalam anasir-anasir subversif
-melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara

Cara menghargai sumbangan tokoh:
-memberi pingat untuk mengiktiraf mereka
-menceritakan sumbangan mereka dalam mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral
-memberi gelaran 'Datuk'
-menamakan bangunan / jalan / taman dengan nama mereka


4.3 Sanggup berkorban untuk negara
Kesanggupan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
KK :
Rela melakukan
Rela menyerahkan nyawa
Berbakti untuk negara


Info :
Amalan
-mewakili negara dalam pertandingan antarabangsa
-menolak tawaran yang lumayan dari luar negara dan berkhidmat di negara sendiri setelah tamat pengajian
-melibatkan diri dalam program-program pembangunan negara demi memajukan masyarakt dan negara

Tokoh:
-Dato' Abdul Malik Mydin - rakyat Malaysia pertama berenang merentasi Selat Inggeris
-Dato' Azhar Mansor - mengelilingi dunia dalam kapal layar 'Jalur Gemilang' secara solo
-Zang Toi - rakyat Malaysia pertama diiktiraf industri fesyen antarabangsa
-Dato' Nicol Ann David - pemain skuash Malaysia yang menjuarai pertandingan antrabangsa
-Dato' Lee Chong Wei - pemain badminton Malaysia handal yang mendapat pingat perak dalam pertandingan Olympic


 

X.


Bidang 5 : Bidang Kemanusiaan
5.1 Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna
KK :
Memelihara hak kanak-kanak
Menjamin kehidupan kanak-kanak adalah sempurna

Info :
>>
Perlindungan kpd kanak2(akta perlindungan kanak2 pindaan 2001)
-umur kanak>18 tidak boleh bekerja(tidak boleh menjadi buruh)
-tidak boleh didera sama ada fizikal / mental
-melindungi kanak2 drpd gangguan seksual

Hak-hak kanak-kanak
-hak mendapatkan
perlindungan
-hak mendapatkan
kasih sayang
-hak mendapatkan
keperluan asas
-hak mendapatkan
pendidikan

Cara mengiktiraf sumbangan kanak-kanak
-secara
lisan
-secara
bertulis

Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab memelihara hak kanak-kanak:
Jabatan Kebajikan Kanak-kanak


5.2 Menghormati hak wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
KK :
Melindungi hak wanita
Mengiktiraf sumbangan wanita dalam keluarga / masyarakat / negara

Info :
Dasar Wanita Negara
Matlamat: Meningkatkan martabat wanita


Kemudahan kepada golongan wanita:
-memberi kemudahan kesihatan melalui Klinik Ibu Mengandung
-memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada wanita
-pendidikan yang sama peluang untuk wanita dan lelaki

Cara pengiktirafan:
-memberi gelaran 'Dato'
-menamakan jalan dengan nama mereka
-memberi pingat untuk menghargai sumbangan mereka
-memberi ganjaran/bonus
-mengiktiraf wanita dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
-peluang pekerjaan / jawatan tinggi kpd wanita

Kementerian berkaitan :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Tokoh:
Dato' Nicol Ann David, Dato' Sharizad, Dato' Zati Aziz


5.3 Melindungi hak pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
KK :
Menghormati dan menghargai sumbangan pekerja
Mengiktiraf perkhidmatan dan jasa pekerja dalam pembangunan negara

Info :
Hak pekerja :

waktu bekerja, cuti tahunan, caruman KWSP, cuti sakit, pampasan kecederaan semasa bekerja

Akta berkaitan :
Akta Kerja 1955
akta pampasan pekerja 1952
akta cuti mingguan 1950

Kementerian berkaitan :
Kementerian Sumber Manusia

Cara mengiktiraf sumbangan pekerja:
-meningkatkan gaji
-menaikkan pangkat
-memberi bonus
-menganjurkan pelancongan kepada pekerja


5.4 Menghormati hak golongan kurang berupaya
Memberi layanan yang bersopan terhadap golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan
KK :
Memberi layanan yang bersopan
Tidak menyisihkan mereka
Mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna berilmu, mendapatkan barangan serta perkhidmatan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi
KK :
Membela dan memelihara hak pengguna
Menjadi pengguna yang berilmu
Tidak mudah dieksploitasi

Info :
Hak-hak pengguna
-hak membuat pilihan
-hak mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti
-hak mendapatkan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan
-hak membuat aduan
-hak mendapatkan ganti rugi
-hak untuk hidup dalam alam yang selamat

Peniaga yang tidak bermoral :
-tidak meletakkan tanda harga
-menjual barang yang telah luput/rosak
-menjual barang dengan harga tinggi
-tidak menyorok barang keperluan untuk meningkatkan harga

Kementerian berkaitan :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

NGO : Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAK), Persatuan Pengguna Kedah

Akta
-Tribunan Tuntutan Pengguna
-Akta Perlindungan Pengguna 1999


 

X.


 


Bidang 6 : Bidang Demokrasi
6.1 Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
KK :
Menerima peraturan dan undang-undang
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Info :
Undang-undang Malaysia
Akta Dadah Berbahaya 1952
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (aka ISA)
Akta Cukai Pendapatan

Kepentingan cukai
 - sumber pendapatan utama negara
-cukai yang dikutip diguna untuk dalam projek2 pembangunan dan pentadbiran negara


Kesan tidak bayar cukai
- sumber pendapatan negara terjejas
-projek-projek pembangunan negara terbantut

6.2 Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
KK :
Bebas berucap dengan batasan
Bebas mengeluarkan fikiran

Info :
Isu-isu sensitif
-Hak istimewa orang Melayu
-Hak kerakyatan orang bukan Melayu
-Kedaulatan raja-raja Melayu
-Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama kepada orang bukan Melayu
-Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

Individu yang mempersoalkan isu-isu ini boleh ditahan bawah
Akta Hasutan 1948, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

6.3 Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agama pilihan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia
KK :
Bebas menganuti agama pilihan
Mebas mengamalkan agama

6.4 Penglibatan diri dalam pembangunan negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia
KK :
Bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara
Mematuhi peraturan dan undang-undang

Info :
Perkhidmatan sosial / sukarela
Antarabangsa - MERCY MALAYSIA
Negara - PEMADAM (Persatuan Anti Dadah Malaysia), Kelab LION
Sekolah - PBSM, Renjer Puteri, Pengakap, KRSS, Kelab LEO


6.5 Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia
KK :
Boleh menerima kritikan/ pendapat
Boleh memberi pandangan/ pendapat


 

X.


 


Bidang 7 : Bidang Keamanan dan keharmonian (digunakan untuk isu antarabangsa)
7.1 Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian tanpa mengira agama, bangsa dan budaya
KK :
Hidup berbaik-baik
Mengutamakan kedamaian dan keharmonian

Info :
Langkah memupuk perpaduan
Peranan rakyat :
-menyertai perayaan yang diraikan oleh pelbagai kaum Malaysia
-tidak membangkitkan isu-isu sensitif
-melibatkan diri dalam program-program perpaduan kerajaan seperti Program Rakan Muda, Program Latihan Khidmat Negara

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab memupuk perpaduan
-Kementerian Pendidikan Malaysia
-Kementerian Belia dan Sukan
-Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

Peranan badan
bukan kerajaan
-menganjurkan aktiviti seperti sukaneka dan larian marathon
-menaja program perpaduan masyarakat


7.2 Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina dilakukan bersama untuk mencapai sesuatu matlamat
KK :
Usaha yang membina
Usaha yang dilakukan bersama

Info : Wawasan 2020
-mewujudkan negara Malaysia yang bersatu
-mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju
-membangunkan masyarakat demokratik yang matang
-mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika


7.3 Saling menghormati antara negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat
KK :
Menghargai hubungan antara negara
Memuliakan hubungan antara negara
Menjamin kesejahteraan sejagat

Info :
Penglibatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
-ASEAN (Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara), konsep ZOPFAN ( Zon Aman, Bebas dan Berkecuali )
-NAM (Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali)
-Pertubuhan KOMANWEL




CONCLUSION

If they ask for langkah then reply :-
Melaporkan (kes itu) kepada pihak berkuasa
Tidak melakukan perkara /isu (ikut soalan)
eg>> Tidak melakukan perkara yang merosakkan alam sekitar)

Tambahan>>>
Tak beli xxx (untuk isu >>> produk drpd kulit binatang...)

P/S: don't try to gave stupid answer & don't gave common answer

ANSWER MUST BE SPECIFIC !!!


E.g:
langkah anda boleh berikan kepada mangsa bencana alam di negara xxx

Jawapan Anda>>>
beri bantuan kaunseling >> u gt that skill? nonsense...

beri bantuan kpd mrk >> too common
solution >>bantuan kewangan/ bantuan barangan keperluan seharian

bantu mereka membina semula rumah >> so rich fly there build house?

Pn Nirmala always said,
dun gave common answer...
ANSWER MUST BE SPECIFIC !!!

If you think this is worst then No Blaming !!!

I can only tell you
It's worked and worth...


 

Prepared by : YAP WI HONG

No comments:

Post a Comment